PENERANGAN :
.
Kikir adalah sejenis alat tangan yang diperbuat daripada keluli bermutu tinggi. Permukaan kikir dibuat dengan cara menghentakkan pahat yang dikenakan pada blank yang telah disepuh lindap terlebih dahulu. Selepas gigi kikir habis dipotong, batang kikir dikeraskan pada suhu 800 C dan kemudian dilakukan pernormalan dengan larutan khas.
Kegunaan kikir ialah untuk memotong, menipiskan atau melicinkan permukaan sesuatu komponen atau benda kerja. Proses memotong, menipiskan dan melicinkan ini dinamakan mengikir.
Pengelasan Kikir |
Kikir berbeza dari segi panjang, bentuk, jenis potongan gigi dan kasar atau halusnya gigi.
Panjang
Panjang sesuatu sesuatu kikir diukur dari hujung hingga ke bahunya (rajah 1). Panjang
kikir ialah antara 100 mm hingga 400 mm dengan kadar tambahan 50 mm.
BENTUK Kikir yang biasa digunakan berbentuk segiempat sama, segiempat tepat, segitiga tirus, bulat dan separuh bulat. Jenis Potongan Gigi Terdapat empat jenis potongan gigi kikir iaitu: a) Gigi selari b) Gigi bersilang c) Gigi lengkung d) Gigi parut |